Anehnya perasaan takut tidak terbit dihati baginda. Malah baginda asyik dengan apa yang ada di gua itu.
Ratu Agung Raden Dindiar yang berasal dari Acheh yang berketurunan Jawa menyayangi burung helang putih itu sepertimana beliau menyayangi dirinya sendiri. Dari pergerakan seekor helang, Ratu Agung Raden Dindiar dapat mendalami ilmu beladiri dengan secukupnya.
Sebaik anak raja itu terjaga dari tidurnya, baginda melihat burung helang putih masih berada di dalam gua tersebut. Bermula dari peristiwa itu, baginda tidak pulang ke istana sehingga tamat perguruannya dengan Ratu Agung Raden Dindiar.
Setelah bertahun-tahun lamanya mempelajari ilmu persilatan, baginda akhirnya pulang ke istana. Maka berkembanglah Seni Silat Kegayungan (A) Helang Putih dan menjadi satu seni beladiri yang terkenal pada masa itu.
Aliran silat ini merupakan silat keturunan yang sekarang dikembangkan secara meluas oleh cucunda Raja Tunggak Pahlawan iaitu Abdul Aziz bin Mohd Ali yang bergelar Raja Aziz Laksamana Hojak Andak.
Beliau pernah aktif bersama Kementerian Kebudayaan Kuala Lumpur yang diasuh oleh Allahyarham Bapak Osama Sumanti yang dulunya dikenali sebagai Guru Tari Kuno dan Guru Persilatan (Silat Pulut).
Selain mendalami ilmu-ilmu persilatan dan kebatinan, Abdul Aziz bin Mohd Ali turut membuka matanya melihat aliran orang lain. Oleh itu beliau pernah mendalami seni Judo dan Pergerakan Kudokan Ninja perseorangan dengan Master Herakawa selama 4 tahun.
Lihat Juga :
Selepas itu, beliau mendalami ilmu Taichi bersama Master Lee dan meneruskan pelajaran seni mempertahankan diri (silat) sebanyak 7 jenis. Kebolehan yang ditunjukkan itu, Abdul Aziz bin Mohd Ali telah bergelar sebagai guru dalam usia yang muda.
Rasa tidak puas hati dengan kebolehan sendiri menyebabkan Abdul Aziz bin
Mohd Ali mencari guru-guru yang dikira dapat memberikan ilmu kepadanya. Silat Sheikh Baginda Ali, Batin Harimau Puaka, Sheikh Gagak di Rimba, Perilmuan Changkat dan lain-lain lagi adalah aliran yang pernah dipelajarinya.

Leave a comment