NUSANTARAMAILS.COM – Menyadur dari laman www.silathelangputih.blogspot.com, Seni silat kegayungan (A) helang putih berasal dari Acheh. Menurut sejarah, seorang anak raja yang bergelar raja sulung tunggak pahlawan dari negeri Pagar Gunung pergi memburu bersama-sama pengiringnya kedalam hutan tebal yang jauhnya berpuluh-puluh kilometer dari istana.
Ketika asyik berburu, baginda telah bertemu dengan seekor burung helang putih yang sangat cantik. Helang itu telah menarik minat baginda. Didalam hati baginda, alangkah beruntungnya jika burung itu dapat ditangkap dan dijadikan burung peliharaannya.
Baginda sangat tertawan dengan burung helang itu sehingga beliau tidak sedar telah mengekori burung itu jauh kedalam hutan berseorangan.
Tanpa menghiraukan pengiringnya, baginda telah sampai kedalam sebuah gua yang terletak di pertengahan puncak sebuah bukit. Keadaannya sangat sunyi tetapi bagaikan ada yang mendesak hatinya dan menggerakkan kakinya menuju ke sebuah gua yang sederhana besar itu.
Baca Juga :
Heboh! Warga Kepahiang Temukan Bunga Udumbara, Benarkah Bunga dari Surga?
Helang putih terus memasuki gua batu itu dan baginda terus mengikutinya dari belakang. Sebaik sahaja memasuki gua itu, baginda telah dikejutkan oleh satu lembaga manusia yang duduk kaku diatas sebuah batu besar. Lembaga yang dilihatnya itu adalah seorang pertapaan yang sudah betahun-tahun lamanya menetap di situ.

Leave a comment